Saturday, June 04, 2011

HADITH PALSU REJAB, SYA'ABAN
oleh : Dr. Mohd Asri Zainal Abidin - USM)


Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan RasulNya. Jika agama boleh direkacipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.

Kita melihat di akhir-akhir ini perkembangan yang lebih mendukacitakan, dimana adanya individu-individu tertentu yang tidak mempunyai latar belakang pengajian Islam atau sekadar sebulan dua di pusat pengajian tertentu kemudiannya muncul di tengah masyarakat dengan membawa huraian-huraian yang salah tentang Islam di sana-sini.

Fenomena ini mendukacitakan kita, akhirnya manusia mengambil agama daripada golongan jahil lalu mereka diselewengkan.

Bahkan bukan sahaja golongan yang tidak pernah mengikut pengajian Islam membuat kesalahan dalam memetik dan menghuraikan hadith bahkan ada di kalangan yang menggunakan lebel nama sebagai ustaz juga sering membuat kesalahan dalam persoalan memetik dan menghuraikan hadith-hadith Nabi s.a.w.

Sebenarnya gelaran ustaz bukan bererti seseorang itu tahu segalanya dalam ilmu-ilmu Islam. Sebaliknya ada golongan yang digelar ustaz hanya kerana sepatah dua kalimat yang dihafalnya.
Berbalik kepada persoalan hadith, ramai di kalangan kita yang begitu tidak berdisplin dalam memetik hadith-hadith Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadith. Apa sahaja yang dikatakan hadith terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadith terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadith maka pastinya sahih dan wajib diimani. Dengan itu apa sahaja yang mereka jumpai daripada buku bacaan, yang dikatakan hadith maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadith yang mutawatir:

"Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka" (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka) Hadith ini adalah mutawatir (lihat: Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s. 239, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)

Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat barat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. ialah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya. Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya. Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. samada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ianya disebut sebagai al-hadith. Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadith pada hakikatnya, Cuma ianya disebut hadith berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu', atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadith palsu ialah:

"Hadith yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara dusta, ianya tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w." (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi `Ulum al-Hadith, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu`asarah, Beirut)
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan passport di atas nama sesebuah kerajaan. Ianya sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut. Kedudukan Nabi s.a.w tentunya lebih besar dan agung untuk dubandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut:

"Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-`Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadith ini:
"Ianya merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda. Maksudnya: Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku) (rujukan: Ibn Hajar al-`Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).

Bukan sahaja membuat hadith palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ianya adalah hadith palsu juga adalah sesuatu yang haram. Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H):
"Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya" (Ibn al-Salah,`Ulum al-Hadith, m.s.98)

Misalnya di tanahair kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Sya`aban maka hadith-hadith palsu mengenai mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas.


Antaranya hadith:
"Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku". Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah, Halab, Syria)
Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, Beirut).


Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99)


Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi agen menyebarkan hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H):Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadith sahih mengenai kebaikan malam nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu. Hadith yang boleh dipegang dalam masalah nisfu Sy`aaban ialah:

"Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh).

Hadith ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu amalan-amalan tertentu pada malam tersebut seperti baca Yasin, solat-solat tertentu adalah bukan ajaran Nabi s.a.w. Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban:


"Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi' tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka." (Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).


Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati. Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ianya ternyata bercanggaha dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru itu hadith-hadith palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen. Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan. Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama. Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-Sunnah yang pasti kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadith. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadith al-Azhar):


"Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadith, samada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadith). Mereka hanya membaca hadith apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadith tersebut. Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya. Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah." (Abu Syahbah, al-Wasit fi `Ulum wa al-Mustalah al-Hadith, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-`Arabi, Kaherah)>


Penulis menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak juga semua pihak yang membaca sesuatu hadith memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan & Tahun Hijriah

Hari ini dah hari ke 2 Ramadhan 1431 H. Setiap hari dalam masa 28 hari akan datang kita akan sibuk melihat masa berbuka. Kalau masa berbuka makin cepat kita akan berasa gembira.

Di negara kita, masa berpuasa boleh dikatakan tetap (lebih kurang 13 jam sehari). Di negara-negara lain, terutamanya di kawasan hemisfera utara, masa mereka berpuasa berubah-ubah. Dalam musim sejuk, masa mereka berpuasa singkat sahaja (lebih kurang 9 jam). Dalam musim panas, mereka boleh berpuasa sehingga lebih 15 jam.

Dari tahun 1992 hingga 2008, mereka berpuasa dalam musim sejuk, paling best pada 1997, di mana mereka hanya perlu berpuasa selama 9 jam. Mulai tahun 2009 sehingga 2025 mereka akan berpuasa dalam musim panas. Kemuncaknya adalah pada tahun 2015, di mana mereka akan berpuasa selama 15 jam.

Kalendar Hijriah mengikut lunar (Bulan), jadi Ramadhan berganjak 10 – 11 hari setiap tahun. Ini bermakna tahun Hijriah lebih pendek. Oleh sebab itu, suatu masa nanti tahun Hijriah akan menyamai tahun Masehi. Ini akan mengambil masa yang sangat lama. Mengikut kiraan, ini akan berlaku pada tahun 20874 (18865 tahun lagi !!!). Pada masa tu (kalau belum kiamat lagi) 1 Mei 20874 tahun Masehi bersamaan dengan 1 Jamadil Awal tahun Hijriah 20874.

Oleh kerana tahun Hijriah berganjak setiap tahun, ia akan mengambil masa 33 tahun untuk melengkapkan satu kitaran. Dengan kata-kata lain kita akan berjumpa ramadhan pada bulan Ogos semula pada 28 Ogos 2041. Rujuk sini.



1 Ramadhan 1430

22 Ogos 2009

1 Ramadhan 1431

11 Ogos 2010

1 Ramadhan 1432

01 Ogos 2011

1 Ramadhan 1433

20 Julai 2012

1 Ramadhan 1434

09 Julai 2013

1 Ramadhan 1435

29 Jun 2014

1 Ramadhan 1436

18 Jun 2015

1 Ramadhan 1437

07 Jun 2016

1 Ramadhan 1438

27 Mei 2017

1 Ramadhan 1439

16 Mei 2018

1 Ramadhan 1440

06 Mei 2019

1 Ramadhan 1441

24 April 2020

1 Ramadhan 1442

13 April 2021

1 Ramadhan 1443

03 April 2022

1 Ramadhan 1444

23 Mac 2023

1 Ramadhan 1445

11 Mac 2024

1 Ramadhan 1446

01 Mac 2025

1 Ramadhan 1447

18 Feb 2026

1 Ramadhan 1448

08 Feb 2027

1 Ramadhan 1449

28 Jan 2028

1 Ramadhan 1450

16 Jan 2029

1 Ramadhan 1451

06 Jan 2030

1 Ramadhan 1452

26 Dis 2030

1 Ramadhan 1453

15 Dis 2031

1 Ramadhan 1454

04 Dis 2032

1 Ramadhan 1455

23 Nov 2033

1 Ramadhan 1456

12 Nov 2034

1 Ramadhan 1457

02 Nov 2035

1 Ramadhan 1458

21 Okt 2036

1 Ramadhan 1459

11 Okt 2037

1 Ramadhan 1460

30 Sept 2038

1 Ramadhan 1461

19 Sept 2039

1 Ramadhan 1462

08 Sept 2040

1 Ramadhan 1463

28 Ogos 2041


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan - Gemuk ke kurus?



Ramadhan 1431 telah datang. Maka berlambak-lambaklah buah kurma di semua kedai. Boleh dikatakan tak ada kedai yang tak jual kurma....ini bersesuaian dengan hadith nabi yang lebih kurang maksudnya berbukalah dengan kurma dan kalau tak ada kurma, berbukalah dengan air. Ramai di antara kita mentafsirkan hadith nabi itu dengan yang berikut: “Berbukalah dengan yang manis”.


Benarkah nabi suruh kita berbuka dengan manisan? Mari kita lihat fakta ini: Pada zaman nabi, kurma tak seperti kurma zaman ini. Pada masa tu, kurma tidak terlalu manis kerana ianya adalah kurma segar {kurma mengandungi karbohidrat kompleks (tak terlalu manis)}. Jadi kurma yang nabi makan bukan kurma yang telah ditambah gula seperti kurma sekarang. Kurma sekarang mengandungi gula yang berlipat kali ganda banyaknya. (kurma segar GI = 42, kurma yang telah diproses: GI = 103)


Sebaik-baiknya ambil makanan yang tergolong dalam makanan yang mempunyai “Glycemic Index” (GI) yang rendah.


Apa itu “Glycemic Index”?. Makanan yang mempunyai “Glycemic Index” yang tinggi akan menyebabkan gula dalam darah meningkat dengan cepat dan ini merangsang pengeluaran Insulin dalam darah dan seterusnya badan kita akan cepat menukarkan gula menjadi lemak untuk disimpan di bawah kulit. Akibatnya kita cepat lapar, letih, lesu dan cepat gemuk.


Makanan yang mempunyai “Glycemic Index” yang rendah pula akan meningkatkan gula dalam darah secara perlahan-lahan. Ini menyebabkan tubuh kita mendapat tenaga secara berterusan (sedikit demi sedikit) sehingga waktu untuk berbuka. Peningkatan gula secara perlahan-lahan ini tidak akan merangsang pengeluaran Insulin dan seterusnya mengurangkan penghasilan lemak (yang menggemukkan). Hasilnya kita lambat lapar, tak letih dan lesu dan yang penting sekali tak cepat gemuk.



Jadual “Glycemic Index” Bagi Makanan Harian Kita

Makanan

“Glycemic Index”

Roti putih

75

Roti Canai

62

Capatti

52

Nasi

73

Nasi Beras Merah

68

Barli

28

Jagung Manis

52

Epal

36

Oren

43

Pisang

51

Nenas

59

Mangga

51

Tembikai

76

Kurma Segar

42

Kurma Proses

103



GI kurang 55 : Rendah

GI 55 - 70 : Sederhana

GI lebih 70 : Tinggi


Rujuk sini.

Friday, January 15, 2010

Bismillahirrahmanirrahim Dan Nombor 19

Sebelum membaca post ini anda kena baca post yang sebelumnya, iaitu post yang bertajuk Nombor 19 (16/11/2009) dan Nombor 19 Lagi (30/11/2009)


Ayat pertama AlQuran ialah بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ . Ayat ini begitu istimewa dan unik kerana di dalamnya terkandung asas di mana kod 19 AlQuran dibina. Ayat ini merupakan “pembuka” AlQuran dan ianya mengandungi 19 huruf Arab. Huruf-huruf tersebut diberikan di dalam jadual di bawah dengan huruf Rumi yang sepadan dan nilai gematriknya:

19 huruf Arab Di dalam Bismillahirrahmanirrahim dan nilai Gematrik yang sepadan.

Bil.

Arab

Rumi

Nilai Gematrik

1

ب

B

2

2

س

S

60

3

Ù…

M

40

4

ا

A

1

5

Ù„

L

30

6

Ù„

L

30

7

Ù‡

H

5

8

ا

A

1

9

Ù„

L

30

10

ر

R

200

11

Ø­

H

8

12

Ù…

M

40

13

Ù†

N

50

14

ا

A

1

15

Ù„

L

30

16

ر

R

200

17

Ø­

H

8

18

ÙŠ

Y

10

19

Ù…

M

40

Ayat ini mengandungi 4 perkataan dan 19 huruf yang disusun mengikut sistem matematik yang tak mungkin boleh dilakukan oleh manusia. Sistem yang menakjubkan ini berdasarkan nombor dan nilai gematrik (setiap huruf Arab dan huruf-huruf lain dari akar yang sama mempunyai nilai yang tersendiri yang dinamakan nilai gematrik) bagi huruf yang terdapat di dalam empat perkataan Bismillahirrahmanirrahim. Mula-mula, mari kita susun maklumat yang perlu diketahui tentang Bismillahirrahmanirrahim dalam dalam jadual di bawah.


Empat perkataan Bismillahirrahmanirrahim, terjemahan ,
bil. Huruf Arab dalam setiap perkataan serta nilai gematrik yang sepadan.

Bil.

Arab

Melayu

Huruf

Nilai Gematrik

Jumlah

1

بِسۡÙ…ِ

Dengan Nama

3

2, 60, 40

102

2

ٱللهِ

Allah

4

1, 30, 30, 5

66

3

ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ

Maha Pemurah

6

1, 30, 200, 8, 40, 50

329

4

ٱلرَّØ­ِيمِ

Maha Mengasihani

6

1, 30, 200, 8, 10, 40

289

JUMLAH

19


786


Dari data dalam jadual di atas, kita memperolehi fakta matematik berasaskan nombor 19 yang berikut:


FAKTA 1: Bismillahirrahmanirrahim mengandungi 19 huruf Arab.


FAKTA 2: Oleh kerana Bismillahirrahmanirrahim mengandungi 4 perkataan, mari kita tulis nombor 1, 2, 3, 4, kemudian selepas nombor 1, kita selitkan bilangan huruf bagi perkataan pertama itu. Kemudian selepas nombor 2 kita selitkan bilangan huruf bagi perkataan ke dua itu, dan seterusnya. Kita akan memperolehi nombor 1 3 2 4 3 6 4 6. Nombor 13243646 = 19 x 19 x 36686.


FAKTA 3: Gantikan tempat bagi bilangan huruf pada fakta 1 dengan jumlah nilai gematrik bagi setiap perkataan yang sepadan dan kita akan perolehi nombor

1 102 2 66 3 329 4 289. Nombor 110226633294289 = 19 x 5801401752331.


FAKTA 4: Gantikan tempat bagi bilangan huruf pada fakta 1 dengan susunan nilai gematrik bagi setiap huruf pada perkataan-perkataan yang sepadan dan kita akan perolehi nombor

1 2 60 40 2 1 30 30 5 3 1 30 200 8 40 50 4 1 30 200 8 10 40

Nombor 1260402130305313020084050413020081040 = 19 x 66336954226595422109686863843162160


FAKTA 5: Selitkan nombor sekuen bagi setiap huruf sebelum nilai gematriknya pada Fakta 4. Kita akan memperolehi nombor dengan 56 digit di bawah:

1 1 2 2 60 3 40 2 1 1 2 30 3 30 4 5 3 1 1 2 30 3 200 4 8 5 40 6 50 4 1 1 2 30 3 200 4 8 5 10 6 40.

Nombor 11226034021123033045311230320048540650411230320048510640 = 19 x 590843895848580686595 . . .


FAKTA 6: Gantikan jumlah nilai gematrik bagi setiap perkataan dalam Fakta 3 dengan jumlah bagi nilai-nilai gematrik bagi huruf pertama dan terakhir bagi perkataan itu. Contohnya jumlah nilai gematrik bagi perkataan pertama (بِسۡÙ…ِ), adalah 102, digantikan dengan 42. Nombr 42 adalah jumlah bagi 2 dan 40 yang merupakan nilai gematrik masing-masing bagi huruf pertama dan terakhir bagi perkataan بِسۡÙ…ِ tersebut (lihat jadual). Dengan cara yang sama, jumlah nilai gematrik bagi perkataan

ke dua (ٱللهِ), nombor 66 diganti dengan 6 (1 + 5). Proses yang sama diulang untuk perkataan ke 3 dan ke 4. Ini menghasilkan nombor 1 42 2 6 3 51 4 41. Nombor 14226351441 = 19 x 748755339.


FAKTA 7: Lihat semula Fakta 2 dan 3. Dalam Fakta 2, nombor 1, 2, 3, 4 (4 perkataan Bismillahirrahmanirrahim) diikuti oleh nombor 3, 4, 6 & 6 (bilangan huruf dalam perkataan yang sepadan). Dalam Fakta 3, kita gantikan 3, 4, 6 & 6 dengan 102, 66, 329 & 289 (nilai gematrik bagi perkataan yang sepadan). Sekarang cuba kita jumlahkan bilangan huruf dengan nilai gematrik bagi perkataan yang sepadan. Oleh itu, kita akan perolehi 105 (3+102), 70 (4+66), 335 (6+329) & 295 (6+289). Ini seterusnya akan menghasilkan

1 105 2 70 3 335 4 295. Nombor 110527033354295 = 19 x 5817212281805


FAKTA 8: Lihat semula Fakta 2, di mana nombor 1, 2, 3, 4 (4 perkataan Bismillahirrahmanirrahim) diikuti oleh nombor 3, 4, 6 & 6 (bilangan huruf dalam perkataan yang sepadan). Sekarang, selepas setiap nombor perkataan itu, kita akan selitkan nilai longgokan (cumulative) bagi bilangan huruf. Sebagai contoh, bilangan huruf bagi setiap perkataan Bismillahirrahmanirrahim adalah 3, 4, 6 & 6. Oleh itu nilai longgokannya adalah 3, 7, 13 & 19. Nombor 3 adalah dari 0+3, nombor 7 adalah dari 3+4, nombor 13 dari 3+4+6 dan 19 dari 3+4+6+6. Oleh itu, kita akan perolehi 1 3 2 7 3 13 4 19. Nombor 1327313419 = 19 x 69858601


FAKTA 9: Lihat semula Fakta 8. Cuma di sini kita tidak menggunakan nilai longgokan bagi bilangan huruf, sebaliknya kita masukkan nilai longgokan bagi nilai gematrik di tempatnya. Sebagai contoh, nilai gematrik bagi setiap perkataan Bismillahirrahmanirrahim adalah 102, 66, 329 & 289. Oleh itu nilai longgokannya adalah 102, 168, 497 & 786. Nombor 102 adalah dari 0+102, nombor 168 adalah dari 102+66, nombor 497 dari 102+66+329 dan 786 dari 102+66+329+289. Oleh itu, kita akan perolehi 1 102 2 168 3 197 4 786. Nombor 1102216834974786 = 19 x 58011412367094.


FAKTA10: Nilai gematrik bagi setiap huruf diikuti dengan nombor sekuen (warna jingga) bagi setiap huruf (1 hingga 19) akan menghasilkan nombor 62 digit yang berikut.

2 1 60 2 40 3 1 4 30 5 30 6 5 7 1 8 30 9 200 10 8 11 40 12 50 13 1 14 30 15 200 16 8 17 10 18 40 19 = 19 x 113696858647647 . . .

Dalam Fakta ini, setiap perkataan digariskan untuk menunjukkan nombor-nombor yang mewakili 4 perkataan itu. Maklumat ini akan membantu untuk memahami Fakta berikutnya.


FAKTA 11: Selitkan nombor sekuen (warna biru) dalam Fakta 10 bagi setiap perkataan dengan mengekalkan nombor-nombor yang lain. Ini juga akan menghasilkan nombor 66 digit berikut:

2 1 60 2 40 3 1 1 4 30 5 30 6 5 7 2 1 8 30 9 200 10 8 11 40 12 50 13 3 1 14 30 15 200 16 8 17 10 18 40 19 4 = 19 x 1136968584963 . . .


FAKTA 12: Gantikan nombor sekuen (warna biru) dalam fakta 11 dengan nilai gematrik (102, 66, 329, dan 289) tetapi mengekalkan nombor-nombor lain. Ini akan menghasilkan nombor 73 digit yang berikut:

2 1 60 2 40 3 102 1 4 30 5 30 6 5 7 66 1 8 30 9 200 10 8 11 40 12 50 13 329 1 14 30 15 200 16 8 17 10 18 40 19 289 = 19 x 113696858432 . . .


FAKTA 13: Sekarang kita ubah kedudukan nilai gematrik dalam Fakta 12 dengan meletakkannya pada kedudukan sebelum. Pada Fakta 12, nombor 102, 66, 329, dan 289 diletakkan selepas nombor-nombor perkataan.

102 2 1 60 2 40 3 66 1 4 30 5 30 6 5 7 329 1 8 30 9 200 10 8 11 40 12 50 13 289 1 14 30 15 200 16 8 17 10 18 40 19 = 19 x 5379790738 . . .


FAKTA 14: Untuk setiap perkataan Bismillahirrahmanirrahim, tulis bilangan huruf, kemudian tulis nilai gematrik bagi perkataan itu dan kemudian tulis nilai gematrik bagi setiap huruf bagi perkataan itu. Contoh: Untuk perkataan pertama, ada 3 huruf, nilai gematrik bagi perkataan itu ialah 102, nilai gematrik bagi setiap huruf bagi perkataan itu ialah 2, 60 dan 40. Jadi kita tulis (3) (102) (2 60 40). Buat perkara yang sama bagi perkataan ke dua, ke tiga dan ke empat, dan kita akan memperolehi nombor 48 digit yang berikut:

3 102 2 60 40 4 66 1 30 30 5 6 329 1 30 200 8 40 50 6 289 1 30 200 8 10 40 = 19 x 16327686340 . . .


FAKTA 15: Sekarang kita gantikan tempat bagi nilai gematrik bagi perkataan dengan nilai gematrik bagi setiap huruf bagi perkataan dan sebaliknya. Kita akan perolehi:

3 2 60 40 102 4 1 30 30 5 66 6 1 30 200 8 40 50 329 6 1 30 200 8 10 40 289 = 19 x 17160005390 . . .


FAKTA 16: Mari kita wakilkan setiap 4 perkataan Bismillahirrahmanirrahim dengan nombor sekuen bagi perkataan-perkataan di dalamnya. Contoh: perkataan pertama diwakili dengan 123 (kerana perkataan pertama ada 3 huruf). Perkataan kedua dengan 4567 (4 huruf). Perkataan ke tiga dengan 8910111213 (6 huruf) dan perkataan ke empat 141516171819 (6 huruf). Kita jumlahkan nombor-nombor ini:

123 + 4567 + 8910111213 + 141516171819= 150426287722 = 19 x 7917173038


FAKTA 17: Lihat semula Fakta 16. Susun semua nombor dalam Fakta 16 tetapi dengan menyelitkan nombor sekuen selepas setiap perkataan akan menghasilkan nombor 33 digit berikut:

1 2 3 1 4 5 6 7 2 8 9 10 11 12 13 3 14 15 16 17 18 19 4 = 19 x 64813512047900 . . .


FAKTA 18: Fakta ini hanya berdasarkan kepada 3 nombor sahaja, iaitu 4perkataan, 19 huruf dan jumlah nilai gematrik 786. Hasilnya adalan nombor 6 digit yang juga merupakan pembahagi 19:

4 19 786 = 19 x 22094


FAKTA 19: Oleh kerana Bismillahirrahmanirrahim merupakan ayat pertama (1) dalam AlQuran, mengandungi 19 huruf (19) dan bilangan huruf bagi setiap perkataan adalah 3, 3, 6 dan 6. Kita perolehi nombor seperti di bawah:

1 19 3466 = 19 x 19 x 19 x 174


KEBETULAN ATAU CIPTAAN TUHAN? Adalah sangat mustahil bagi empat perkataan dan 19 huruf Bismillahirrahmanirrahim untuk menghasilkan begitu banyak kombinasi nombor yang berasaskan nombor 19. Kombinasi ini sangat konsisten jika kita lihat semula pada Fakta 2 hingga 9 di mana kita menggunakan format yang sama:

1 ? 2 ? 3 ? 4 = n

Nombor 1 hingga 4 mewakili 4 perkataan Bismillahirrahmanirrahim. Tanda soal (?) mewakili nombor-nombor integer. Nombor yang dihasilkan “n” adalah pekali bagi 19. Hanya ada dua keterangan untuk Fakta 2 hingga 9 menjadi sebegitu rupa. Pertama adalah, semuanya itu adalah kebetulan. Kedua adalah ianya merupakan suatu yang telah diolah dengan sebegitu rupa untuk menghasilkan sistem matematik yang begitu unik. Mari kita cuba rungkaikan yang manakah antara dua kemungkinan di atas yang paling masuk akal berdasarkan teori kebarangkalian.

Mula-mula berapakah kebarangkalian bahawa komposisi matematik dalam Bismillahirrahmanirrahim untuk terhasil secara kebetulan? Bolehkan kita kira kebarangkaliannya? Jika boleh, bagaimana? Berdasarkan kepada andaian pertama kita bahawa ini semua adalah kebetulan, kita boleh menganggap nombor-nombor dari Fakta 2 hingga 9 adalah nombor yang timbul secara rawak. Kebarangkalian untuk beberapa nombor rawak yang bukan sahaja tidak dalam format tertentu tetapi juga menghasilkan “n” yang yang merupakan pekali bagi 19 sangat sukar untuk dikira melainkan kita buat sedikit andaian untuk memudahkan masalah ini. Sebagai contoh, kebarangkalian paling tinggi untuk menghasilkan “n” adalah apabila kita anggap keempat-empat nombor yang mewakili tanda soal di atas adalah nombor satu digit. Ini akan menjadikan “n” yang merupakan nombor 8 digit. Katakan kita sedang bermain loteri di mana kita perlu mencabut 8 nombor antara 0 – 9. Sesiapa yang memenuhi syarat-syarat berikut akan memenangai loteri tersebut. Nombor pertama mestilah 1. 2. Nombor ke tiga mestilah 2. 3. Nombor ke 5 mestilah 3. 4. Nombor ke 7 mestilah 4. 5. Kesemua nombor-nombor mestilah bila disusun sebelah menyebelah akan merupakan pekali 19.

Nombor loteri 8 digit yang terhasil dari proses di atas boleh berada antara 00000000 hingga 99999999. Ini bermakna kita ada 100 juta kemungkinan. Berapakah kemungkinan kita akan memenangi loteri daripada kemungkinan yang begitu banyak ini? Jika kita tahu jawapannya, maka kita boleh menentukan kebarangkalian untuk memenangai loteri ini. Dengan bantuan komputer, hanya terdapat 527 kombinasi nombor yang antaranya 10,203,247 (nombor pertama) hingga 19,293,949 (nombor terakhir). Oleh itu kemungkinan untuk memenangi loteri ini adalah 527 daripada 100 juta atau 1 daripada 189,753. Berdasarkan kepada maklumat ini kita boleh katakan bahawa kebarangkalian untuk menghasilkan fenomena matematik dalam Fakta 2 adalah 189,753 kepada 1. Kebarangkalian untuk fenomena matematik dalam fakta 2 dan 3 berlaku secara kebetulan adalah sama dengan memenangi loteri 2 kali. Untuk menentukan kebarangkalian untuk memenangi loteri 2 kali adalah dengan mendarabkan 189,753 dengan 189,753:

189,753 x 189,753 = 36,006,201,009

Dengan kata lain, kebarangkalian untuk fenomena matematik dalam Fakta 2 dan 3 untuk berlaku secara kebetulan adalah kurang daripada 1 daripada 36 bilion. Sekarang kita lakukan proses yang sama untuk memenangi loteri 3 kali atau kebarangkalian untuk Fakta 2, 3 dan 4 untuk berlaku secara kebetulan. Untuk itu, kita perlu darabkan 189,753 sebanyak 3 kali:

189,753 x 189,753 x 189,753 = 6,832,284,660,060,777

Nombor di atas menghampiri 7 quadrillion! Jika anda tidak tahu apa itu quadrillion, anda tak perlu bimbang sebab ramai lagi yang tahu. Ini membawa erti bahawa hanya 1 kebarangkalian daripada 7 quadrillion kemungkinan untuk Fakta 2, 3 dan 4 berlaku secara kebetulan. Ini baru Fakta 2, 3 dan 4. Untuk mendapatkan kebarangkalian bagi Fakta-Fakta yang lain, kita seharusnya telah dapat mengagak bahawa kemungkinannya adalah menghampiri 0.

Oleh itu, adalah sangat sangat tidak logik untuk menganggap bahawa fenomena matematik dalam Bismillahirrahmanirrahim berlaku hanya secara kebetulan.


Walaupun kod 19 ini sangat menakjubkan, tetapi pelopornya telah mengaku bahawa dia adalah Utusan Tuhan (nabi), menganggap semua hadith adalah palsu (pengasas kumpulan anti hadith) dan mendakwa bahawa 2 ayat dalam AlQuran yang kita baca sekarang adalah ayat palsu. Oleh kerana itu, kumpulan ini diisytiharkan sebagai ajaran sesat.


Bersambung......