Thursday, August 12, 2010

Ramadhan & Tahun Hijriah

Hari ini dah hari ke 2 Ramadhan 1431 H. Setiap hari dalam masa 28 hari akan datang kita akan sibuk melihat masa berbuka. Kalau masa berbuka makin cepat kita akan berasa gembira.

Di negara kita, masa berpuasa boleh dikatakan tetap (lebih kurang 13 jam sehari). Di negara-negara lain, terutamanya di kawasan hemisfera utara, masa mereka berpuasa berubah-ubah. Dalam musim sejuk, masa mereka berpuasa singkat sahaja (lebih kurang 9 jam). Dalam musim panas, mereka boleh berpuasa sehingga lebih 15 jam.

Dari tahun 1992 hingga 2008, mereka berpuasa dalam musim sejuk, paling best pada 1997, di mana mereka hanya perlu berpuasa selama 9 jam. Mulai tahun 2009 sehingga 2025 mereka akan berpuasa dalam musim panas. Kemuncaknya adalah pada tahun 2015, di mana mereka akan berpuasa selama 15 jam.

Kalendar Hijriah mengikut lunar (Bulan), jadi Ramadhan berganjak 10 – 11 hari setiap tahun. Ini bermakna tahun Hijriah lebih pendek. Oleh sebab itu, suatu masa nanti tahun Hijriah akan menyamai tahun Masehi. Ini akan mengambil masa yang sangat lama. Mengikut kiraan, ini akan berlaku pada tahun 20874 (18865 tahun lagi !!!). Pada masa tu (kalau belum kiamat lagi) 1 Mei 20874 tahun Masehi bersamaan dengan 1 Jamadil Awal tahun Hijriah 20874.

Oleh kerana tahun Hijriah berganjak setiap tahun, ia akan mengambil masa 33 tahun untuk melengkapkan satu kitaran. Dengan kata-kata lain kita akan berjumpa ramadhan pada bulan Ogos semula pada 28 Ogos 2041. Rujuk sini.



1 Ramadhan 1430

22 Ogos 2009

1 Ramadhan 1431

11 Ogos 2010

1 Ramadhan 1432

01 Ogos 2011

1 Ramadhan 1433

20 Julai 2012

1 Ramadhan 1434

09 Julai 2013

1 Ramadhan 1435

29 Jun 2014

1 Ramadhan 1436

18 Jun 2015

1 Ramadhan 1437

07 Jun 2016

1 Ramadhan 1438

27 Mei 2017

1 Ramadhan 1439

16 Mei 2018

1 Ramadhan 1440

06 Mei 2019

1 Ramadhan 1441

24 April 2020

1 Ramadhan 1442

13 April 2021

1 Ramadhan 1443

03 April 2022

1 Ramadhan 1444

23 Mac 2023

1 Ramadhan 1445

11 Mac 2024

1 Ramadhan 1446

01 Mac 2025

1 Ramadhan 1447

18 Feb 2026

1 Ramadhan 1448

08 Feb 2027

1 Ramadhan 1449

28 Jan 2028

1 Ramadhan 1450

16 Jan 2029

1 Ramadhan 1451

06 Jan 2030

1 Ramadhan 1452

26 Dis 2030

1 Ramadhan 1453

15 Dis 2031

1 Ramadhan 1454

04 Dis 2032

1 Ramadhan 1455

23 Nov 2033

1 Ramadhan 1456

12 Nov 2034

1 Ramadhan 1457

02 Nov 2035

1 Ramadhan 1458

21 Okt 2036

1 Ramadhan 1459

11 Okt 2037

1 Ramadhan 1460

30 Sept 2038

1 Ramadhan 1461

19 Sept 2039

1 Ramadhan 1462

08 Sept 2040

1 Ramadhan 1463

28 Ogos 2041


Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan - Gemuk ke kurus?



Ramadhan 1431 telah datang. Maka berlambak-lambaklah buah kurma di semua kedai. Boleh dikatakan tak ada kedai yang tak jual kurma....ini bersesuaian dengan hadith nabi yang lebih kurang maksudnya berbukalah dengan kurma dan kalau tak ada kurma, berbukalah dengan air. Ramai di antara kita mentafsirkan hadith nabi itu dengan yang berikut: “Berbukalah dengan yang manis”.


Benarkah nabi suruh kita berbuka dengan manisan? Mari kita lihat fakta ini: Pada zaman nabi, kurma tak seperti kurma zaman ini. Pada masa tu, kurma tidak terlalu manis kerana ianya adalah kurma segar {kurma mengandungi karbohidrat kompleks (tak terlalu manis)}. Jadi kurma yang nabi makan bukan kurma yang telah ditambah gula seperti kurma sekarang. Kurma sekarang mengandungi gula yang berlipat kali ganda banyaknya. (kurma segar GI = 42, kurma yang telah diproses: GI = 103)


Sebaik-baiknya ambil makanan yang tergolong dalam makanan yang mempunyai “Glycemic Index” (GI) yang rendah.


Apa itu “Glycemic Index”?. Makanan yang mempunyai “Glycemic Index” yang tinggi akan menyebabkan gula dalam darah meningkat dengan cepat dan ini merangsang pengeluaran Insulin dalam darah dan seterusnya badan kita akan cepat menukarkan gula menjadi lemak untuk disimpan di bawah kulit. Akibatnya kita cepat lapar, letih, lesu dan cepat gemuk.


Makanan yang mempunyai “Glycemic Index” yang rendah pula akan meningkatkan gula dalam darah secara perlahan-lahan. Ini menyebabkan tubuh kita mendapat tenaga secara berterusan (sedikit demi sedikit) sehingga waktu untuk berbuka. Peningkatan gula secara perlahan-lahan ini tidak akan merangsang pengeluaran Insulin dan seterusnya mengurangkan penghasilan lemak (yang menggemukkan). Hasilnya kita lambat lapar, tak letih dan lesu dan yang penting sekali tak cepat gemuk.



Jadual “Glycemic Index” Bagi Makanan Harian Kita

Makanan

“Glycemic Index”

Roti putih

75

Roti Canai

62

Capatti

52

Nasi

73

Nasi Beras Merah

68

Barli

28

Jagung Manis

52

Epal

36

Oren

43

Pisang

51

Nenas

59

Mangga

51

Tembikai

76

Kurma Segar

42

Kurma Proses

103



GI kurang 55 : Rendah

GI 55 - 70 : Sederhana

GI lebih 70 : Tinggi


Rujuk sini.