Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan - Gemuk ke kurus?



Ramadhan 1431 telah datang. Maka berlambak-lambaklah buah kurma di semua kedai. Boleh dikatakan tak ada kedai yang tak jual kurma....ini bersesuaian dengan hadith nabi yang lebih kurang maksudnya berbukalah dengan kurma dan kalau tak ada kurma, berbukalah dengan air. Ramai di antara kita mentafsirkan hadith nabi itu dengan yang berikut: “Berbukalah dengan yang manis”.


Benarkah nabi suruh kita berbuka dengan manisan? Mari kita lihat fakta ini: Pada zaman nabi, kurma tak seperti kurma zaman ini. Pada masa tu, kurma tidak terlalu manis kerana ianya adalah kurma segar {kurma mengandungi karbohidrat kompleks (tak terlalu manis)}. Jadi kurma yang nabi makan bukan kurma yang telah ditambah gula seperti kurma sekarang. Kurma sekarang mengandungi gula yang berlipat kali ganda banyaknya. (kurma segar GI = 42, kurma yang telah diproses: GI = 103)


Sebaik-baiknya ambil makanan yang tergolong dalam makanan yang mempunyai “Glycemic Index” (GI) yang rendah.


Apa itu “Glycemic Index”?. Makanan yang mempunyai “Glycemic Index” yang tinggi akan menyebabkan gula dalam darah meningkat dengan cepat dan ini merangsang pengeluaran Insulin dalam darah dan seterusnya badan kita akan cepat menukarkan gula menjadi lemak untuk disimpan di bawah kulit. Akibatnya kita cepat lapar, letih, lesu dan cepat gemuk.


Makanan yang mempunyai “Glycemic Index” yang rendah pula akan meningkatkan gula dalam darah secara perlahan-lahan. Ini menyebabkan tubuh kita mendapat tenaga secara berterusan (sedikit demi sedikit) sehingga waktu untuk berbuka. Peningkatan gula secara perlahan-lahan ini tidak akan merangsang pengeluaran Insulin dan seterusnya mengurangkan penghasilan lemak (yang menggemukkan). Hasilnya kita lambat lapar, tak letih dan lesu dan yang penting sekali tak cepat gemuk.



Jadual “Glycemic Index” Bagi Makanan Harian Kita

Makanan

“Glycemic Index”

Roti putih

75

Roti Canai

62

Capatti

52

Nasi

73

Nasi Beras Merah

68

Barli

28

Jagung Manis

52

Epal

36

Oren

43

Pisang

51

Nenas

59

Mangga

51

Tembikai

76

Kurma Segar

42

Kurma Proses

103



GI kurang 55 : Rendah

GI 55 - 70 : Sederhana

GI lebih 70 : Tinggi


Rujuk sini.

No comments:

Post a Comment