Monday, November 16, 2009

Nombor 19

Galileo pernah menyatakan "Mathematics is the language with which God created the universe". Penemuan sains menunjukkan bahawa 19 merupakan nombor yang terdapat pada kebanyakkan ciptaan Allah.

1. Matahari, Bulan dan Bumi berada pada kedudukan tertentu yang sama pada setiap 19 tahun.

2. Komet Halley menghampiri sistem solar kita setiap 76 tahun (19 x 4).

3. Tubuh badan manusia mengandungi sebanyak 209 (19 x 11) tulang.

4. Buku Langman’s Medical Embryology, oleh T. W. Sadler digunakan oleh kebanyakkan pelajar perubatan di Amerika. Pada mukasurat 88 edisi ke 5 menyatakan "In general the length of pregnancy for a full term fetus is considered to be 280 days or 40 weeks after onset of the last menstruation, or more accurately, 266 days or 38 weeks after fertilization”. 266 adalah 19 x 14 dan 38 adalah 19 x 2.

Di bawah, adalah senarai sebahagian daripada contoh-contoh kod 19 yang terdapat di dalam AlQuran:

1. Bilangan surah dalam AlQuran adalah 114 (19 x 6).

2. Bilangan ayat dalam AlQuran adalah 6346 (19 x 334).

3. Jika dijumlahkan semua nombor yang disebut dalam AlQuran, jumlahnya adalah 162146 (19 x 8534).

4. Ayat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ) yang membuka semua surah kecuali surah ke 9 mempunyai 19 perkataan. Perkataan pertama (بِسۡمِ) digunakan sebanyak 19 kali dalam keseluruhan AlQuran. Perkataan kedua (ٱلله) digunakan sebanyak 2698 (19 x 142) kali dalam keseluruhan AlQuran. Perkataan ketiga (ٱلرَّحۡمَـٰنِ) digunakan sebanyak 57 (19 x 3) kali dalam keseluruhan AlQuran. Perkataan keempat(ٱلرَّحِيمِ) digunakan sebanyak 114 (19 x 6) kali dalam keseluruhan AlQuran. Walaupun ayat ini tidak digunakan dalam permulaan surah ke 9, tetapi tepat 19 surah kemudian (surah ke 27), ayat ini digunakan 2 kali (pada permulaan dan ayat ke 30). Jadi jumlah ayat ini di dalam AlQuran adalah 114 (19 x 6). Dalam surah ke 27, di antara 2 ayat (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ), terdapat 342 (19 x 18) perkataan.

5. Surah (ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ), (ayat pertama diturunkan) mengandungi 19 ayat. Jumlah perkataan adalah 76 (19 x 4), jumlah huruf adalah 304 (19 x 16). Walaupun ianya merupakan surah pertama yang diturunkan, tetapi ianya diletakkan pada surah ke 96, iaitu surah ke 19 terakhir.

6. Surah (إِذَا جَآءَ نَصۡرُ ٱللَّهِ وَٱلۡفَتۡحُ) adalah surah terakhir yang diturunkan (surah ke 110) mangandungi 19 perkataan, dan ayat pertamanya mengandungi 19 huruf.

7. Kalau kita jumlahkan nombor setiap ayat yang mengandungi perkataan ”Allah”, kita dapat 118123 (19 x 6217).

8. Mesej utama AlQuran adalah konsep Tuhan itu SATU. Jumlah berapa kali perkataan SATU digunakan untuk menerangkan konsep di atas ialah 19 kali.

9. Perkataan ”Quran” disebut dalam 38 (19 x 2) surah yang berlainan. Perkataan ”Quran” disebut keseluruhannya sebanyak 57 (19 x 3) kali dalam AlQuran..

10. Daripada 114 surah dalam AlQuran, 29 daripadanya dimulakan dengan awalan surah, contohnya: (” الٓمٓ). Di antara surah pertama yang mempunyai awalan (surah 2) dan surah terakhir yang ada awalan (surah 68), ada 38 (19 x 2) surah yang tidak mempunyai awalan. Juga di antara surah 2 hingga 68, terdapat 19 set surah yang ada awalan dan tiada awalan secara berselang-seli.

Banyak lagi contoh (yang lebih kompleks) bagaimana nombor 19 menjadi kod dalam AlQuran. Persoalannya sekarang adalah, mengapa nombor 19? Mengapa bukan nombor-nombor lain? Hanya Tuhan saja yang tahu. Tetapi, sebenarnya, ada banyak keunikan dan keistimewaan nombor 19 ini. Antaranya;

1. Nombor 19 adalah nombor perdana di mana ianya hanya boleh dibahagi dengan dirinya sendiri dan 1.

2. 19 adalah nombor perdana yang pelik, ini kerana ianya merupakan jumlah bagi kuasa pertama bagi nombor 9 dan 10 dan juga merupakan beza antara kuasa kedua bagi nombor 9 dan 10.

3. Nombor 19 mengandungi nombor 1 (nombor pertama) dan 9 (nombor terakhir dalam sistem perpuluhan). Seolah-olah mengisytiharkan bahawa Allah itu adalah yang pertama dan yang terakhir.

4. Nombor 1 dan 9 kelihatan sama dalam kebanyakan bahasa di dunia.

5. Apabila kita jumlahkan 1 dan 9, jumlahnya adalah 10 (1 + 0 = 1). Begitu juga dengan 192, 193, 194 dan seterusnya yang akan menghasilkan digit 1 apabila setiap digitnya dijumlahkan sehingga tidak boleh dijumlahkan lagi. Contoh: 194 = 130321 (1+3+0+3+2+1=10, 1+0=1), Contoh: 198 = 16983563041 (1+6+9+8+3+5 +6+3+0+4+1=46, 4+6=10, 1+0=1)

6. Nombor 1 dalam bahasa Arab adalah WAHID. 19 adalah nilai gematrik bagi perkataan wahid dalam bahasa Arab.

Walaupun kod 19 ini sangat menakjubkan, tetapi pelopornya telah mengaku bahawa dia adalah Utusan Tuhan (nabi), menganggap semua hadith adalah palsu (pengasas kumpulan anti hadith) dan mendakwa bahawa 2 ayat dalam AlQuran yang kita baca sekarang adalah ayat palsu. Oleh kerana itu, kumpulan ini diisytiharkan sebagai ajaran sesat.





No comments:

Post a Comment