Monday, November 30, 2009

Nombor 19 Lagi !!!

Sebelum ini, dalam blog ini juga, saya telah menceritakan tentang kod 19 yang menjadi seolah-olah “God’s signature”, di mana nombor 19 telah menjadi nombor yang ditemui di cekrawala, tubuh kita dan juga di dalam AlQuran. Kali ini saya ingin menceritakan pula tentang kod 19 yang terdapat pada setiap unsur yang wujud di bumi ini.

Dr. Peter Plichta adalah seorang ahli Kimia, Fizik dan Biologi German yang terkenal. Semasa melakukan penyelidikan tentang “God’s secret formula”, dia mendapati nombor 19 sering muncul. Setelah bertahun-tahun bertungkus lumus melakukan penyelidikan, dia mendapati nombor 19 memang merupakan “God’s signature in our universe”.

Kajian Dr. Plichta tertumpu kepada Jadual Berkala Unsur (Periodic Table of Elements). Dia mendapati jumlah unsur adalah lebih daripada 100 unsur, yang mana hanya 81 daripadanya adalah stabil. Manakala Thorium dan Uranium (Nombor atom 90 dan 92) adalah unsur yang wujud secara semulajadi (bukan terbit daripada unsur lain) tetapi tidak stabil. Ini menyebabkan mereka mereput (memancarkan sinaran radioaktif). Tujuh lagi unsur yang mempunyai nombor atom 84, 85, 86, 87, 88, 89 dan 91 diterbitkan daripada pereputan Thorium dan Uranium di atas. Hari ini terdapat 106 unsur di mana dua daripadanya adalah unsur “halimunan” kerana mereka berpecah dalam masa yang sangat singkat. Oleh itu sebenarnya ada 104 Unsur yang terdapat di dalam Jadual Berkala Unsur.

Jadual Berkala Unsur disusun mengikut bilangan Proton di dalam nukleus. Ada 83 unsur yang wujud secara semulajadi, Hidrogen yang mempunyai bilangan proton 1 diletakkan pada permulaan, manakala Bismuth yang mempunyai bilangan proton 83 diletakkan pada pada penghujung Jadual ini. Lihat jadual di bawah:



Bil.

No. Atom

Unsur

Simbol

Bil. Isotop

1

1

Hydrogen

H

2

2

2

Helium

He

2

3

3

Lithium

Li

2

4

4

Beryllium

Be

1

5

5

Boron

B

2

6

6

Carbon

C

2+1

7

7

Nitrogen

N

2

8

8

Oxygen

O

3

9

9

Fluorine

F

1

10

10

Neon

Ne

3

11

11

Sodium

Na

1

12

12

Magnesium

Mg

3

13

13

Aluminium

Al

1

14

14

Silizium

Si

3

15

15

Phosphorus

P

1

16

16

Sulfur

S

4

17

17

Chlorine

Cl

2

18

18

Argon

Ar

3

19

19

Potassium

K

3

20

20

Calcium

Ca

6

21

21

Scandium

Sc

1

22

22

Titanium

Ti

5

23

23

Vanadium

V

2

24

24

Chromium

Cr

4

25

25

Manganese

Mn

1

26

26

Iron

Fe

4

27

27

Cobalt

Co

1

28

28

Nickel

Ni

5

29

29

Copper

Cu

2

30

30

Zinc

Zn

5

31

31

Gallium

Ga

2

32

32

Germanium

Ge

5

33

33

Arsenic

As

1

34

34

Selenium

Se

6

35

35

Bromine

Br

2

36

36

Krypton

Kr

6

37

37

Rubidium

Rb

2

38

38

Strontium

Sr

4

39

39

Yttrium

Y

1

40

40

Zirkonium

Zr

5

41

41

Niobium

Nb

1

42

42

Molybdenum

Mo

7

TIADA

43

Technetium

Tc


43

44

Ruthenium

Ru

7

44

45

Rhodium

Rh

1

45

46

Palladium

Pd

6

46

47

Silver

Ag

2

47

48

Cadmium

Cd

8

48

49

Indium

In

2

49

50

Tin

Sn

10

50

51

Antimony

Sb

2

51

52

Tellurium

The

8

52

53

Iodine

J

1

53

54

Xenon

Xe

9

54

55

Caesium

Cs

1

55

56

Barium

Ba

7

56

57

Lanthan

La

2

57

58

Cerium

Ce

4

58

59

Praseodym

Pr

1

59

60

Neodym

Nd

7

TIADA

61

Promethium

Pm


60

62

Samarium

Sm

7

61

63

Europium

Eu

2

62

64

Gadolinium

Gd

7

63

65

Terbium

Tb

1

64

66

Dysprosium

Dy

7

65

67

Holmium

Ho

1

66

68

Erbium

Er

6

67

69

Thulium

Tm

1

68

70

Ytterbium

Yb

7

69

71

Lutetium

Lu

2

70

72

Hafnium

Hf

6

71

73

Tantal

Ta

2

72

74

Tungsten

W

5

73

75

Rhenium

Re

2

74

76

Osmium

Os

7

75

77

Iridium

Ir

2

76

78

Platinum

Pt

6

77

79

Gold

Au

1

78

80

Mercury

Hg

7

79

81

Thallium

Tl

2

80

82

Lead

Pb

4

81

83

Bismuth

Bi

1



Jika kita jumlahkan semua nombor atom bagi 81 unsur stabil di atas dan ditolak dengan unsur halimunan, 43 dan 61, kita dapat : (1+2+3+……+82+83) – (43+61) = 3382 = 19 x 178.

Isotop adalah unsur yang mempunyai nombor atom yang yang sama (unsur yang sama), tetapi mempunyai nombor jisim (bil. proton + bil. Neutron) yang berlainan. Ini kerana ada sesetengah bahan (unsur), contohnya Nitrogen, biasanya mempunyai bil. proton 7 dan bil. Neutron 7(dipanggil 14N) . Tetapi ada sesetengah atom Nitrogen mempunyai bil. proton 7 dan bil. neutron 8 (dipanggil 15N). Ini bermakna bilangan isotop Nitrogen adalah 2, iaitu 14N dan 15N.

Dr. Plichta mendapati 2 unsur (bahan) ”TIADA” di dalam Jadual Berkala Unsur yang mengandungi 83 unsur: iaitu unsur dengan No. Atom 43 dan 61 (unsur ini tidak wujud secara semulajadi. Jika dihasilkan secara sintetik, ianya sangat tidak stabil dan berpecah dalam sekelip mata). Dr. Plichta tertanya-tanya adakah ke ”TIADA”an unsur ini adalah secara kebetulan? Jawapannya adalah TIDAK. Sejak dari itu, Dr. Plichta telah cuba untuk mencari jawapan kepada banyak persoalan, misalnya mengapa unsur 43 dan 61 ”TIADA” dalam alam semulajadi? Mengapa sesetengah unsur wujud dalam lebih daripada 1 bentuk (isotop)? Mengapa Klorin wujud dalam 2 bentuk, iaitu 17 proton, 18 neutron serta 17 proton, 20 neutron? Mengapa unsur mula menjadi radioaktif bermula dari no. atom 84? Dan sebagainya.

Cuba lihat fakta berikut:

1. Dari unsur 43 ke unsur 61 ada 19 unsur semuanya.

2. Daripada 81 unsur yang wujud secara semulajadi, ada 19 unsur yang merupakan isotop tulen (dengan no. atom ganjil). Iaitu unsur dengan no. atom 9, 11, 13, 15, 21, 25, 27, 33, 39, 41, 45, 53, 55, 59, 65, 67, 69, 79 dan 83. Beryllium tidak termasuk kerana ia mempunyai no. atom yang 4 (genap).

3. Daripada 81 unsur yang wujud secara semulajadi, ada 19 unsur yang mempunyai dua isotop.

4. Surah 19 mempunyai awalan surah yang paling rumit. Surah ini menceritakan tentang kelahiran Nabi Isa yang begitu sukar untuk difahami.

5. Unsur radioaktif bermula dari unsur yang mempunyai no. atom 84 dan keatas, mengapa? Cuba perhatikan surah 84 di dalam AlQuran. Surah Al-Inshiqaaq ini bermaksud pecah berderai. Sebagaimana yang kita ketahui, bahan radio aktif adalah bahan yang tidak stabil seterusnya berpecah dan mengeluarkan sinaran radioaktif.

6. Mari kita lihat apakah keajaiban unsur yang mempunyai 1 isotop. Jika kita jumlahkan no. atom bagi semua unsur yang mempunyai 1 isotop kita akan dapati jumlahnya ialah 813. Sekarang, kita jumlahkan pula semua ayat dalam surah yang nombor surahnya sepadan dengan no. atom yang mempunyai 1 isotop tadi. Kita akan dapati jumlahnya ialah 1429 ayat. Jika kita jumlahkan kedua-duanya tadi, iaitu 813+ 1429=2242=19X118. Mari kita lihat apakah keajaiban unsur yang mempunyai 2 isotop pula. Jika kita jumlahkan no. atom bagi semua unsur yang mempunyai 2 isotop kita akan dapati jumlahnya ialah 833. Sekarang, kita jumlahkan pula semua ayat dalam surah yang nombor surahnya sepadan dengan no. atom yang mempunyai 2 isotop tadi. Kita akan dapati jumlahnya ialah 1694 ayat. Jika kita jumlahkan kedua-duanya tadi, iaitu 833+ 1694=2527=19x19X7. Perhatikan ada SATU 19 untuk SATU isotop dan DUA 19 untuk DUA isotop.

7. Jika kita perhatikan betul-betul pada jadual di atas, kita akan lihat bahawa ada 38, iaitu 19x2 unsur yang mempunyai no. atom genap di kalangan unsur yang mempunyai isotop berbilang (lebih dari 2).

8. Dari kesemua di atas, kita ada 19 isotop tulen, 19 dua isotop dan 19x2 isotop berbilang. Bagaimana dengan 5 unsur lagi? Unsur-unsur tersebut ialah Potassium(19), Beryllium(4), Helium(2), Carbon(6) dan Lithium(3).

9. Dr. Plichta telah mengkategorikan 76 unsur di atas kepada 4 kumpulan, iaiatu, 19 unsur yang no. atomnya boleh dibahagi 4, 19 unsur yang no. atomnya boleh dibahagi 2, 19 unsur yang no. atomnya boleh dibahagi 3, 5 atau 7 serta 19 unsur lagi yang no. atomnya tidak boleh dibahagi langsung kecuali dengan dirinya sendiri (nombor perdana). Di sebelah atasnya diletakkan 4 unsur (Beryllium, Helium, Carbon dan Lithium). Di atas kesemuanya itu pula terletaknya kunci bagi keseluruhan sistem, iaitu nombor 19 yang mewakili Potassium, unsur ke 19 adalah teratas dan menjadi permulaan bagi jadual di bawah.


19 (Potassium)

4 (Beryllium)

2 (Helium)

6 (Carbon)

3(Lithium)

8 (Oxygen)= 4 x 2

10 (Neon) = 2 x 5

9 (Fluorine) = 3 x 3

1 (Hydrogen)

12(Magnesium)=4x 3

14 (Silizium) = 2 x 7

15(Phosphorus)=3x5

5 (Boron)

16 (Sulfur) = 4 x 4

18(Argon) = 2 x 9

21(Scandium)=3 x 7

7 (Nitrogen)

20 (Calcium) = 4 x 5

22 (Titanium) = 2 x 11

25(Manganese)=5x5

11 (Sodium)

24(Chromium)=4 x 6

26 (Iron) = 2 x 13

27 (Cobalt) = 3 x 9

13 (Aluminium)

28 (Nickel) = 4 x 7

30 (Zinc) = 2 x 15

33(Arsenic)=3 x 11

17 (Chlorine)

32(Germanium)=4x8

34 (Selenium) = 2 x 17

35(Bromine) = 5 x 7

23 (Vanadium)

36 (Krypton) = 4 x 9

38(Strontium)=2x19

39(Yttrium) = 3 x 13

29 (Copper)

40(Zirkonium)=4 x10

42(Molybdenum)=2x21

45(Rhodium)= 3x15

31 (Gallium)

44(Ruthenium)=4x11

46(Palladium)=2x23

49 (Indium)=7x7

37 (Rubidium)

48(Cadmium)=4 x 12

50 (Tin) = 2 x 25

51(Antimony)=3x17

41 (Niobium)

52(Tellurium)=4x13

54 (Xenon) = 2 x 27

55(Caesium)=5 x 11

47 (Silver)

56 (Barium) = 4 x 14

58(Cerium) = 2 x 29

57(Lanthan)=3 x 19

53 (Iodine)

60(Neodym) = 4 x 15

62(Samarium)=2x31

63(Europium)=3x21

59(Praseodym)

64(Gadolinium)=4x16

66(Erbium)=2 x 33

65(Terbium)=5x13

67 (Holmium)

68(Erbium)=4x 17

70(Ytterbium)=2x35

69(Thulium)=3x23

71 (Lutetium)

72(Hafnium)=4x18

74(Tungsten)=2x37

75(Rhenium)=3x25

73 (Tantal)

76(Osmium=4x19

78(Platinum)=2x39

77 (Iridium) =7x11

79 (Gold)

80 (Mercury)=4x20

82 (Lead) = 2x41

81(Thallium)=3x27

83 (Bismuth)


1. Dr. Plichta tertanya-tanya mengapa semua unsur yang mempunyai nombor atom ganjil mempunyai samada 1 atau 2 isotop? Cuma unsur ke 19 (Potassium) tidak? Disebabkan oleh 3 isotop yang dipunyai oleh Potassium, ianya sepatutnya menjadi unsur yang mempunyai nombor atom genap. Dr. Plichta sebenarnya sedang berhadapan dengan unsur yang ganjil tapi ‘berkelakuan’ seperti unsur genap.

2. Dr. Plichta berasa dia perlu mencari maksud bagi nombor 4, 2, 6 dan 3 disebelah atas lajur-19 jadual di atas. Adakah nombor-nombor itu secara kebetulan saja? Dia membahagikan nombor 81 dengan 19, dan jawapannya ialah 4263 !! 81 merupakan pelengkap bagi 19 (100-19=81).

3. Dr. Plichta kemudian mendapati ada 243 jumlah isotop bagi semua 81 unsur semulajadi yang stabil. Dia juga mendapati bahawa ada 57 isotop yang merupakan dua isotop atau isotop berbilang. Dia juga mendapati 243 bahagi dengan 57 menghasilkan nombor yang sama, 4263 !!.

Walaupun kod 19 ini sangat menakjubkan, tetapi pelopornya telah mengaku bahawa dia adalah Utusan Tuhan (nabi), menganggap semua hadith adalah palsu (pengasas kumpulan anti hadith) dan mendakwa bahawa 2 ayat dalam AlQuran yang kita baca sekarang adalah ayat palsu. Oleh kerana itu, kumpulan ini diisytiharkan sebagai ajaran sesat.





No comments:

Post a Comment